Cart 0

Macamana memilih diaperbag?

Macamana memilih diaperbag?

Assalamualaikum wbt and Good afternoon.

Hari ini Kak Su nak share sikit macamana nak memilih diaperbag untuk anda dan bayi anda. 

Semua tahu, diaperbag merupakan satu keperluan asas bila seseorang menjadi seorang ibu. Semua keperluan bayi perlu mempunyai satu tempat khas untuk di simpan supaya senang ibu-ibu ingin keluar bersama bayi dan ahli keluarga yang lain. 

Ciri- ciri diaperbag yang perlu ada:

1. Mempunyai ruang organisasi (organization) yang banyak. ini adalah untuk memastikan ibu-ibu dapat mencari keperluan bayi dengan cepat dan bag ibu tidak lah seperti tongkang pecah. Bila baby dah menangis, manalah ibu ada masa untuk menghabiskan masa menyelongkar bag untuk mencari puting atau susu atau lampin bayi ,bukan?

2. Besar bag mestilah sesuai dengan keperluan pada ketika itu. Contohnya kalau ibu mahu keluar sekejap sahaja ke klinik bersama bayi sahaja, bag tidak perlulah terlalu besar dan jikalau ibu ingin keluar bersama bayi dan keluarga mestilah bag yang besar menjadi pilihan. 

3. Bag yang selesa dan bergaya. menjadi ibu tidak perlu menjejaskan style para ibu. Ibu masih tetap boleh menjadi menawan dan bergaya walaupun mempunyai bayi kecil. Bag juga mestilah selesa dan tidak menyakitkan belakang atau bahu ibu. bahu mestilah boleh di laras dan mempunyai pad. 

4. Bag yang senang di jaga. lebih baik jika mempunyai bag yang boleh di basuh dan tahan lasak. Contohnya ada bag di pasaran yang mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan nya di basuh seperti jenama bag Ju Ju Be. 

Ibu-ibu boleh melayari laman web: www.babyummiboutique.shop

5. Mempunyai lapisan luar yang kalis air dan lapisan dalam yang kalis kulat. ini adalah sangat penting bagi saya kerana apabila mempunyai bayi kecil, kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka dan tidak mahu bag dipenuhi dengan kuman apabila di letakkan barang-barang bayi kesayangan kita.

Setakat ini saja untuk perkongsian kali ini. Jom ibu-ibu bertukar kepada jenama bag Ju Ju Be?